Satu gotong-royong dan majlis solat hajat telah diadakan untuk memastikan sesi persekolahan baru tahun 2012 berjalan dengan lancar. Majlis dimulakan dengan solat hajat di Dewan To' Beta yang dihadiri oleh ibubapa dan juga pelajar.
Saturday, 31 December 2011
Thursday, 10 November 2011
Restu Ilmu Pelajar SPM
Majlis tahunan ini diadakan sebagai simbol penyerahan ilmu daripada guru kepada murid. Majlis dimulakan dengan solat hajat dan bacaan surah Yasin untuk memberkati air yang diletakkan oleh ibubapa dan murid di Dewan To' Beta. Setelah itu, air yang disediakan oleh pihak sekolah akan dijirus sedikit di kepala murid manakala sebahagian dari air itu diminum.
Monday, 1 August 2011
Program Ihya' Ramadhan
Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan, pihak sekolah telah mengadakan Program Ihya' Ramadhan. Antara program yang diadakan adalah:
Thursday, 30 June 2011
Majlis Persaraan Puan Pengetua
Pn. Hjh. Nik Hasnah binti Nik Li telah diraikan dalam satu majlis yang meriah sempena persaraan beliau daripada bidang perguruan. Beliau telah diarak di atas kereta kuda, diberikan pelbagai hadiah dan juga diabadikan dalam sajak-sajak dan persembahan multimedia.
Wednesday, 15 June 2011
Sambutan Hari Guru
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2011. Pelbagai acara telah diadakan untuk meraikan semua guru di SMKCE. Antara acara-acara yang dapat disertai oleh para guru adalah:
Pasukan Futsal Guru
Guru-guru lelaki telah menubuhkan 4 pasukan futsal untuk bermain di dalam Liga Futsal SMKCE. Pasukan-pasukan tersebut adalah:
Thursday, 26 May 2011
Majlis Kesyukuran
Satu majlis kesyukuran telah diadakan pada 26 Mei 2011 di perkarangan blok G. Program ini diadakan sebagai menyatakan rasa kesyukuran terhadap pencapaian pihak sekolah selama ini dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum.
Saturday, 23 April 2011
LDP Sistem Maklumat Murid
Satu program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah diadakan pada hari Sabtu (23 April 2011) yang lalu. Latihan ini khusus kepada guru-guru tingkatan dalam usaha memantapkan pentadbiran hal ehwal murid, terutamanya dalam menggunakan Sistem Maklumat Murid (SMM).
Subscribe to:
Posts (Atom)