Saturday 31 December 2011

Gotong-royong dan Solat Hajat Pra-Persekolahan

Satu gotong-royong dan majlis solat hajat telah diadakan untuk memastikan sesi persekolahan baru tahun 2012 berjalan dengan lancar. Majlis dimulakan dengan solat hajat di Dewan To' Beta yang dihadiri oleh ibubapa dan juga pelajar.
Setelah sedikit taklimat daripada tuan Pengetua, pelajar pergi ke kelas masing-masing bersama guru kelas untuk memastikan kebersihan kelas dan bilangan peralatan seperti kerusi, meja, papan hitam dan penyapu adalah mencukupi. Mereka juga hendaklah membuat laporan sekiranya ada lampu atau kipas siling yang tidak berfungsi atau rosak. 

No comments:

Post a Comment