Saturday 31 December 2011

Gotong-royong dan Solat Hajat Pra-Persekolahan

Satu gotong-royong dan majlis solat hajat telah diadakan untuk memastikan sesi persekolahan baru tahun 2012 berjalan dengan lancar. Majlis dimulakan dengan solat hajat di Dewan To' Beta yang dihadiri oleh ibubapa dan juga pelajar.

Thursday 10 November 2011

Restu Ilmu Pelajar SPM

Majlis tahunan ini diadakan sebagai simbol penyerahan ilmu daripada guru kepada murid. Majlis dimulakan dengan solat hajat dan bacaan surah Yasin untuk memberkati air yang diletakkan oleh ibubapa dan murid di Dewan To' Beta. Setelah itu, air yang disediakan oleh pihak sekolah akan dijirus sedikit di kepala murid manakala sebahagian dari air itu diminum.

Monday 1 August 2011

Program Ihya' Ramadhan

Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan, pihak sekolah telah mengadakan Program Ihya' Ramadhan. Antara program yang diadakan adalah:

Thursday 30 June 2011

Majlis Persaraan Puan Pengetua

Pn. Hjh. Nik Hasnah binti Nik Li telah diraikan dalam satu majlis yang meriah sempena persaraan beliau daripada bidang perguruan. Beliau telah diarak di atas kereta kuda, diberikan pelbagai hadiah dan juga diabadikan dalam sajak-sajak dan persembahan multimedia.

Wednesday 15 June 2011

Sambutan Hari Guru

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2011. Pelbagai acara telah diadakan untuk meraikan semua guru di SMKCE. Antara acara-acara yang dapat disertai oleh para guru adalah:

Pasukan Futsal Guru

Guru-guru lelaki telah menubuhkan 4 pasukan futsal untuk bermain di dalam Liga Futsal SMKCE. Pasukan-pasukan tersebut adalah:

Thursday 26 May 2011

Majlis Kesyukuran

Satu majlis kesyukuran telah diadakan pada 26 Mei 2011 di  perkarangan blok G. Program ini diadakan sebagai menyatakan rasa kesyukuran terhadap pencapaian pihak sekolah selama ini dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum.