Wednesday 15 June 2011

Sambutan Hari Guru

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2011. Pelbagai acara telah diadakan untuk meraikan semua guru di SMKCE. Antara acara-acara yang dapat disertai oleh para guru adalah:
Bowling kelapa
Menjaringkan gol bolasepak
Menjaringkan gol bolajaring

Sambutan diakhiri dengan acara khas untuk guru-guru lelaki, iaitu solekan mak andam. Guru-guru yang 'terpilih' untuk disolek adalah Tn. Hj. Rasid PK HEM, YM Tn. Shafri PK Tingkatan 6, Cikgu Zainuddin Koperasi, dan Cikgu Rosmahidi Guru Ko-Kurikulum. (Gambar-gambar tidak dapat di'upload'kan kerana tergolong dalam kategori 18SX).




No comments:

Post a Comment