Thursday 30 June 2011

Majlis Persaraan Puan Pengetua

Pn. Hjh. Nik Hasnah binti Nik Li telah diraikan dalam satu majlis yang meriah sempena persaraan beliau daripada bidang perguruan. Beliau telah diarak di atas kereta kuda, diberikan pelbagai hadiah dan juga diabadikan dalam sajak-sajak dan persembahan multimedia.
Majlis tersebut adalah hasil usaha semua warga SMKCE dalam mengingati jasa-jasa yang ditabur oleh beliau sepanjang berada di sekolah ini selama 1 tahun, 10 bulan dan 23 hari. Kerata kuda dipandu oleh Cikgu Mazlan Wahab (Lan Kuda), manakala sajak-sajak dideklamasikan oleh Cikgu Sarimah dan Cikgu Wan Nordhiah (Diya Elora). Persembahan multimedia pula adalah gabungan tenaga guru-guru yang dianggotai oleh Cikgu Mohd Azizul, Cikgu Kasmaaswati, Cikgu Adnan Ahmad dan Cikgu Zakiah.

Beliau juga diraikan oleh semua guru dan murid dalam satu sesi bersalam-salaman dan setelah segalanya selesai, beliau diiring menggunakan kereta Cikgu Junaidah yang dihias cantik ke rumah beliau di Taman Guru.





 

SELAMAT BERSARA!

Pn. Hjh. Nik Hasnah binti Nik Li

No comments:

Post a Comment