Saturday 23 April 2011

LDP Sistem Maklumat Murid

Satu program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah diadakan pada hari Sabtu (23 April 2011) yang lalu. Latihan ini khusus kepada guru-guru tingkatan dalam usaha memantapkan pentadbiran hal ehwal murid, terutamanya dalam menggunakan Sistem Maklumat Murid (SMM).


Program ini dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Murid SMKCE, dan Cikgu Mohd Azizul telah dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau dalam penggunaan sistem ini. Adalah diharapkan penggunaan SMM akan lebih meluas pada masa akan datang, insha Allah.




No comments:

Post a Comment